Apa itu erti sahabat???

Sahabat sejati???
ramai yang beri pendapat, lebih mudah untuk mencari kawan daripada seorang sahabat... memang betul.. daripada ramai-ramai kawan yang kita ada tak semua boleh di buat sahabat.. kawan masa senang sangat ramai.. tapi kawan masa kita susah?? mungkin tiada..

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menimbulkan beberapa dugaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi dugaan itu bahkan boleh menghilangkan segala dugaan jika mempunyai kepercayaan..


Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi 
memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan
diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak,
namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan
dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya teman
ia memberanikan diri menegur apa adanya.


Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
 memrlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi
mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
dari orang lain, tetapi justeru ia beriinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang diperlukan  oleh sahabatnya.



Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya,
kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Beberapa hal seringkali menjadi penghancur
persahabatan antara lain :
1. Masalah bisnes
2. Ketidakterbukaan
3. Kehilangan kepercayaan
4. Perubahan perasaan antara kawan sejenis
5. Ketidaksetiaan.
Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan
oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinya.

untuk renungan semua :
**Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”**

 sahabat sejati sentiasa dihati.. (wanny, hikmah, hidayah, sheila, wanie, aimi, atika zapir, aqma, aton,cimok,ijan ) << mereka sahabat yang saya sayang dan mungkin tidak akan hilang jika diizankanNYA... sayang kamu semua!

JUST FOR SHARING :) TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY NIH ! MAAF KALAU IA MENGARUT..

0 Pot Pet Pot Pet:

Post a Comment

Hye ! korang boleh je nak kepoh-kepoh kat sini..
kepoh sikit pon jadi lah.. x)

..Segala Yang Di atas Adalah Anak Pak Mad Yang Buat Yee..