Assalamualaikummmmm :) hye kawan.. semenjak 2 menjak aku dah ada masa yang terlalu lapang nih, aku asik dok lahh mengedit blog aku nie.. sampai fb pun jarang online.. ngehehehe.. and then jadi lah blog yg mcm nie.. kompom korang serabut tengok.. hahaha.. bagi aku cntik jee... sebab aku yang buat.. :D buat masa ni berblogging belum terlalu giat sangat sbb aku just update apa yang aku rasa nak dikongsikan.. follower pun tak ramai, brapa ketui ja *sigh :P .. biaq laaa.. cheq tak kisah punn :)
okeh2.. selain benda yang nie, aku selalu baca novel ! haha... seronok beb dok umah berangan baca novel.. dok gelak guling-guling, senyum bahagia sorang2 macam orang hilang akal.. :D perasan sat yang watak dalam novel tu macam kita..thahs why lah feeling terlebih.. haha.. bila lagi nak berangan macam tuh.. time kita baca novel jelah kot.. dah lah setiap watak hero dalam setiap novel tu taknak kalah hensem.. anak orang kaya, lagi pulak yang mix ala2 omputih.. perghh~ bley tergugat iman.. hehehe... apa-apa pun baca novel ni just sebagai hiburan di masa lapang, buat hilangkan boring.. maklumlah cuti sem 2 bulan.. :P
Aku mula terjebak dok baca novel ni tak silap aku start aku form4.. dah gatai nak bercinta kot masa tu.. agak jaaa.. ahaha.. dok tengok angah aku syok baca novel tu, aku pun try dok baca satu.. hamek kaw.. dah baca tak maw berenti terus.. aku lupa novel apa aku baca yang 1st sekali.. lama dah kot.. novel tu pun dah tak jmpa.. aku just ingt cmana rupa cover kulit dia ja.. mintak2 lah ada jodoh ngan novel tu.. banyak kali khatam pun tak ingt tajuk.. hampeh sungguh.. tapi bila baru baca satu dah addict macam apa.. aishhh.. lepas baca satu, baca hat lain.. tak boring sebenaqnya baca novel nie.. membantu otak kita berimaginasi.. dari situ lah otak berkembang.. hahaha... klo nak bagi senarai novel2 yang aku dah baca ni, agak byk jgk lah.. tapi mh aku nak kongsi jugak ngan hangpa.. joomm! *tapi kebanyakan novel yang ada nie angah yang beli :D*
Haaaa.. nin diaa! nin diaa!! ada 27 buah novel dalam gambar.. semua aku dah baca :D *senyum bangga* actually ada lagi novel yang aku dah baca tapi takda dalam gambar oleh kerana di pinjam.. so nie jelah yang ada.. novel apa yang takda tu aku tak boleh nak ingat.. Bab2 nak ingat tajuk ni aku susah sikit.. tapi cover and jalan cerita aku ingat bila time aku dah terasa nak baca.. lupa plak, semua novel ni aku dah baca tp klo korang perasan aku ada kotakkan dengan warna merah, tu semua novel yang aku suka gila.. novel yang berjaya buat airmata wa melelehhh... hahaha.. Aku takkan abaikan kegemaran aku untuk baca novel nie.. sekali baca nak baca lagi sampai tak kluar bilik.. heee...
umm.. ada ke lelaki yang suka baca novel cinta?? adakan?? aku anggap lelaki yang baca novel cinta ni mempunyai hati yang lembut ala-ala romantis.. bahagianyaa... huhuhuhu.... tengok2 dah mula masuk mood novel.. hahaha..
okeh ! done ! itu je yang aku nak kongsikan :) sayonara :) assalamualaikumm :)
untunglah ada banyak novel!!
ReplyDeletebak sini sket... :DDD
untung biasa2 jaaaaa :)
Deletehehehe.. thanks zirahhh.. untg jgk laa sikit2... kkkk
ReplyDelete