Buah Cempedak Diluar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau salah Tolong tunjukkan..
Weyhh ! Apa kes siap ada gambar cempedak lagi dalam post nih ! haaa... pasai pa tu?? Post kali ini telah dimulakan dengan serangkap pantun dan gambar sebiji buah nangka yang amat sinonim dengan pantun tersebut.. cewahhh ! haha... sesuai jugak pantun ni dengan post untuk entry kali ini.. kalau tak sesuai takkan nak letak dalam post pulakkan?? heeee... Aku bukan apa, sebagai seorang remaja yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogger, yang masih terkapai-kapai, yang masih tak tahu sangat pasal blogging nih, amatlah memerlukan bantuan.. Bantuan dari segi menghasilkan entry yang berguna untuk readers2 semua.. biarlah kalau readers membaca blog ini, dapat sedikit info atau ilmu yang berguna.. Adalah juga kebaikan membaca dalam blog yang tak seberapa ni kan...?
Walaupun aku dah menghasilkan beberapa entry, tapi aku rasa *bukan rasa lagi dah* post-post yang sebelum ini dan yang ini bukan lah post yang berkualiti seperti blog-blog yang lain.. aku tak tau camana nak bagi entry-entry aku ni berkualiti dan berguna untuk pembaca semua.. takda idea nak post entry yang berguna.. nampak sangat tak kreatif.. haha.. yang aku nie plak, nak menghasilkan sebuah entry yang tak seberapa pun sampai ambil masa berminggu nak cari... dan hari ini, terhasil lah entry yang ini, sebab aku memang dah tak taw nak habaq kat hangpa semua macamana.. banyak masalah aku nak start blogging nih... payah2~ kalah masalah negara masalah aku nih.. *bohong je lebih*
Bukan ja setakat nak cari idea yang berguna untuk post, malahan juga kerana SHOUTBOX yang ada kat atas kanan hangpa semua.. yang ada cik rabbit dok kelip-kelip mata kat hangpa nuhhh... hahaha.. pasai apa aku kata shoutbox itu sebagai masalah kedua aku?? ini adalah kerana aku tengok shoutbox yang aku buat tu macama tak dak fungsi ja,.. bagi aku, berita ini amat lah sedih.. huhuhu... takdak siapa pun yang shout kat aku? huuu... aku bukan nak mengharapkan blogger2 lain shout aku *yang nie pun bohong* tapi just untuk pastikan shoutbox aku tu berfungsi dengan elok.. tak salah kan?? dan aku juga nak memastikan yang blog aku ni ada juga blogger yang sudi berkunjung.. selepas mereka dah mengunjungi aku, diorang boleh lah letak alamat supaya aku dapat ziarah dan selalu follow mereka pula... tapi aku rasa takda siapa nak aku ziarah mereka.. huhuhuhu.. *sedihnya cerita nih :P* Aku selalu jugak share atau mempromosikan blog sendiri kat facebook, itu je lah cara yang aku boleh buat untuk mempromosikan blog aku nih.. kikikikikiki... desperados kot ayat aku.. hahaha... tapi memang itulah realiti kehidupan aku.. kalau aku tak buat macam tu entah2 memang takda orang baca apa aku dok ngarot.. hohoho... kesiannnn~
Selain permasalahan yang diatas, ada lagi masalahhh... siapa kata takdak... hohoho... Masalah yang ketiga adalah FOLLOWERS.. Aik?? kenapa followers? sebabbbb.. aku tak dak followers.. huuu... amat lah sedihh... Aku dah hide dah Followers Box... heee.. segan.. 6 orang ja orang follow aku berbanding orang yang aku dah follow.. sangat ramai.. agaknya perkara ini adalah dilema biasa bagi seorang newbies?? tapi aku pernah juga terbaca kat satu blog tentang blog yang bagus akan mempunyai ramai followers.. kiranya bilangan followers aku nih berhubung kait dengan blog aku... aku tau sebab apa.. sebab blog aku ni bukan lah blog yang bagus.. aku bukan nak minta kesian ke apa ke... tapi kesian kan lah jugak.. hahaha.. tolong lah ajar... tolong lah bantu camana aku nak mengembangkan sayap blog aku nih... *dengan muka sedih*
Permasalahan yang keempat, adalah iklan NUFFNANG.. Sebab apa iklan Nuffnang?? aku pun tak tau.. hahaha... aku dah buat acc nuffnang tapi kenapa iklan yang kat header tu tak sama macam orang lain?? kalau ada yang baca entry nih, tolong lah bagitau sebab aku tengah musykil.. huhuhuhu.. Aku berminat nak letak banyak2 iklan kat dalam nih, tapi aku tak taw.. huuu... lagi satu pasal acc ADSENSE yang kat earning setiap blog tuh... aku dah buat tapi kenapa mereka tak mau aku ada acc nih?? huuuu... yang ni pun tolonglah bagitau kenapa... aku dah baca apa yang patut aku baca, tapi aku macam tak faham.. hehehe.. hampeh sungguh !
Apa lagi masalah aku?? ummm.. bila dok pikiaq, rasanya dah takda... kalau pasal nak mencantikkan blog nih aku rasa bukan lagi masalah besar sebab aku dah pandai nak search apa yang aku nak letak kat dalam nih... banyak blog tutorial yang sangat membantu.. Terima kasih kepada CHE NOR HAZIRAH, kalau dia tak bagi link pertama untuk tutorial, aku sendiri tak tau apa yang perlu diletakkan dalam blog nih, apa nama2 benda yang ada dalam nih... sememangnya ia sangat-sangat membantu... blog yang aku selalu aku jadikan rujukan adalah blog kak LYSSA dan FYQAANAKMUNSYI.. Seriously, tutorial mereka sangat mudah difahami untuk newbies macam aku yang baru nak berjinak-jinak... thank u soo much for both of u dan blog tutorial yang lain.. aku nak kredit kat diorang tapi aku tak tau.. just aku bley letak banner dia orang kat sidebar sebagai ucapan terima... makaaaa, selepas melihat dan belajar tutorial mereka, jadi lah blog yang sebegini rupa... alhamdulillahhh....
lepas nih, aku akan memusingkan otak aku sebanyak 360 darjah ! *jangan jadi gila sudah* supaya dapat cari idea yang berguna.. kalau tersama bukan lah niat untuk mengCOPYPASTE atau meniru semata-semata... ada kemungkinan ia kebetulan... PEACE yawww ! harap kamu semua sudi membantu... :)
..Yang Baik Itu Datangnya Dari Allah, Yang Tidak Baik Itu Datangnya Dari kita Sendiri Sebagai Hamba Allah Yang Lemah Di muka BumiNya ini..
hehehehe... tq kak zana :) insyaAllah....
ReplyDelete